Bila diri dah rasa senior, pegi kelas pun lambat je. Jalan pun lembab je mengalahkan itik pulang petang walaupun kelas dah start 15minit. Kalau sampai kat kampus awal 5minit before kelas start pun dah rasa macam..”SEMANGAT GILER WEH..”. Masuk kelas lambat baru senior kan. Bila lecturer dah kunci pintu kelas, baru sibuk nak merayu-rayu nak masuk kelas. Padan muka kau!
Bila diri dah rasa senior, jadual tutorial buat-buat tak nampak je. Maksudnya ape? Tak mau pegi tutor la tu.. Time sem 1 dulu, kemain lagi rajin gi kelas. Jangan cakap lecture, tutor sampai discussion sume tak pernah miss. Walaupun killer subject punye tutor, tapi kalau dah malas tu memang tak leh nak wat ape dah. Lagi best kalau lecturer cakap tutor cancel. Rasa nak melompat kat situ, pas tu kawan cakap..”Kalau ada tutor pun, ko bukannya nak gi..” -.-‘
Bila diri dah rasa senior, assignment pun hantar terlebih-lebih dateline. Lecturer suruh hantar hari Isnin. Budak-budak berlagak senior ni hari Khamis baru terhegeh-hegeh nak hantar dengan buat muka seposen je depan lecturer. Lagi happy kalau lecturer tak de kat bilik. Boleh selit je assignment tu kat bawah pintu. Tak payah wat muka seposen mintak simpati depan lecturer. Haha.
Bila diri dah rasa senior, lab report pun wat last minute. Semua duk pulun buat dalam 1 malam. Ada orang sanggup tak tido sampai pagi sebab nak siapkan lab report yang dah diberi due date nya 2 weeks after lab performed. Kalau dah nama pun report 1malam mesti la kerja cincai punya. Pas tu dapat markah pun cincai jugak baru nak meraung menyesal. Nasi dah jadi bubur beb!
Bila diri dah rasa senior, study untuk test pun pada malam terakhir. Konon-kononnye nak berjuang sampai titisan darah yang terakhir. Duk perah otak 1malam before test. Esoknya bangun tido terus gi jawab test. Pas tu cakap otak aku blur la wei..xtau nak jawab pe dalam test tadi. Soalan dia pun aku tak paham. Aiseyman…!
Bila diri dah rasa senior, grouping assignment sume nak lepas tangan je. Masing-masing nak harapkan orang lain. Sume buat-buat lupa pasal assignment. Time nak wat discussion, macam-macam alasan wujud. Bila time dah hantar assignment, baru sume muncul nak tanya khabar assignment. Tak payah hipokrit lahh!
Bila diri dah rasa senior, dalam test kalau tak meniru memang tak boleh nak jawab. Kalau boleh nak harapkan kawan sebelah tu 100%. Abis tu ape je effort kau? Kalau ada peluang nak ambik kertas jawapan orang sebelah, sanggup ambik. Dah tak fikir pasal orang lain. Janji dapat copy jawapan orang. Entah betul ke tak. Then, ape ko dapat kalau tau copy je?
Bukan nak buka pekung di dada or nak bukak aib sendiri atau orang lain. Just pemerhatian aku kat sekeliling. Macam ni lah reality hidup di university.
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.
with love,
nadiyah
2 comments:
haha stuju sgt..aku ni kls kul8, kul8 jugak la aku baru nak kua pastu singgah bekpes dulu baru kekelas..tu pun lewat 20 minit dah.haish
tau xpe weih..aku pun mcm tuh..
makin lame makin lmbt plak gi kelas..huhu
Post a Comment