Tuesday, May 3, 2011

Bercerita tentang Secret Garden.

Assalamualaikum.




Hari ni tiba-tiba datang mood melayan lagu-lagu ost drama korea. So, aku pun dapat idea nak cite pasal SECRET GARDEN. Ye, cite ni best jugak. Tapi bosan sikit nak compare dengan cite GUMIHO. Gumiho cite ape? Next entry aku share ok. Hari ni cite pasal SECRET GARDEN dulu.



Drama ni baru je ditayangkan hujung tahun lepas. So kira tak de la basi sangat kan. Pelakon-pelakon dia pun mantap-mantap semuanya.


 


Ni hero and heroin dia. Hero, Hyun Bin. Dalam cite ni dia jadi Kim Joo Won. Dia ni CEO kat company family dia. Biasa la kan cite korea macam ni, laki mesti clean freak. Memang pembersih and pengemas giler la. Rumah dia mak aihh, tok sah cakap. Memang bersina-sinar mengelip gitu. Yela kan, bibik pun dah bape orang. Tapi dia ni serius kaya giler. Dia punya rumah memang sangat stylo. Nak tengok umah dia? kena la tengok cite ni.hihi.


While the heroin is Ha Ji Won. Dia berlakon jadi Gil Ra Im. A stuntwoman. Kebiasaan cite korea jugak, kalau laki macho giler, perempuan pulak jenis selekeh and serabai. Tak kaya macam hero. Duduk pun kat umah kecik je. Memang daif. Sangat jauh beza nak compare dengan hero tu. Walaupun miskin, tapi dia baik. Kerja dia memang sangat lasak. Yela, stuntwoman kan. And dia jugak coach kat Action School. 


Orang tua-tua cakap, jangan nak benci orang suka ati takot nanti jatuh cinta dengan orang yang kita benci tu. Baru padan muka hang. Eh, ape kaitan?


Kaitannya, laki ni tak suka sangat perempuan ni pada permulaannya. Tapi macam biasa, lama-lama jatuh hati.






Suka betul aku part ni. Sweet giler. Kenapa sweet? sila la tonton sendiri ye kak. Time ni bunga-bunga cinta baru nak berputik. Ceh ayat aku..haha. Betul la wei. Laki ni usaha macam-macam nak dapatkan perempuan tu. But, actually dia jeles dengan director kat Action School tu. Director tu macam syok kat perempuan ni. Pas tu laki ni gelabah la.


Macam mana boleh jadi Secret Garden? Ok, meh nak cite. One day, dorang tersesat dalam hutan. Aku lupa dah macam mana dorang boleh sesat. Pas tu dorang merayau-rayau dalam hutan, and then terjumpa satu rumah buruk. Rumah tu macam kedai makan yang bernama SECRET GARDEN. Haa..kat situ la dorang dapat something yang sebenarnya dorang tak tahu kalau dorang minum 'air' tu, badan dorang akan bertukar antara satu sama lain. Maksudnya, Gil Ra Im akan jadi Kim Joo Won and Kim Joo Won pulak bertukar jadi Gil Ra Im.




Disebabkan wajah mereka bertukar, eh bukan wajah je tapi semua anggota badan mereka tertukar, dorang kena la jugak bertukar semuanya. Maksudnya, rumah, tempat kerja, kerja dorang sekali la. Bayangkan Kim Joo Won tu terpaksa jadi stuntwoman and Gil Ra Im kena jadi CEO syarikat yang besar tu. 


Part yang dorang tukar badan ni banyak lawak. Nak tau lawak ape, kena la tengok sendiri. Tak best kalau dah tahu awal-awal kan. Dua tiga kali jugak la dorang ni bertukar.

Haa macam tu la citenya. Kalau belum tengok, sila la gigih mendownload cite ni. OST cite ni pun best. Sila tengok.




Aku tak cite full pun pasal drama ni. So banyak lagi surprise. Nak tahu surprisenya ape, sila tengok. Hehe. Sory, tak abis-abis ulang ayat yang sama. Sebab nak suruh korang tengok cite ni. Hihi.


ok chow! bye!

5 comments:

miya said...

sukeeeeeeeeeeee gile okeh?
and as for me. cite ni jauh lagi best compare to guminho :P
hehehe

Nurnadiyah Ruslan said...

oh yeah?? hehe..lain org lain citarasa, btul tak? ngee~

ZaL said...

assalamualaikum...hai..:)..cite ni best sangat ! i like it !

miya said...

haha. betul2. cita rasa bbeza :D

.:Yana:. said...

sangat menarik cite ni..lum penah tengok lg... skrg tgh tgk my girl..telah menjd penagih tegar korean drama...