Entry ni kesinambungan entry before ni. Yup, sgt lambat mengupdate. Mesti semua bosan dah dengan blog ni kan. Memang tak secepat and sepantas blogger lain mengupdate aktiviti harian diorang. Blogger lain jugak tak pernah kering idea nak update blog dorang. Sangat jauh berbeza kalau nak compare dengan blog aku yang selalu sangat sunyi sepi. Kalau rajin sikit update pun time cuti sem je.
Time study, bukan aku buzy sangat pun sampai tak sempat nak update blog. Bukan! Tapi kerajinan tu zero. Ditambah pulak dengan serbuk perasa internet yang siput itu. Memang sangat men'spoil'kan mood aku. So, aku kumpul-kumpul semua story-mory pas tu update je kat rumahku syurgaku.
Okey, bersambung ke cerita asal. Ari tu mr.K ajak makan kat Line Clear.

pic source : mr.google
ni la rupa Line Clear ni. Betul-betul kat lorong. Memang agak kot** sikit. Tapi sekali cuba nasi kandar dia, mesti nak lagi. Trust me! Aku dulu mana layan mamak beb. Cakap kot** la, geli la, semua ada la. Sekali terkena nasi kandaq sini, perghh..tu dia..nak makan lagi habaq hang. Datang penang, jangan lupa pekena nasi kandaq Line Clear na.
Tengah-tengah makan tu, tiba-tiba terpandang sorang mamat ensem. Muka familiar. Dia pun senyum je. Macam Dr. Fazley tu tapi nampak lain sikit. Pas tu tengok dia lagi. Pas tu senyum lagi. Sah la tu Fazley. Aku cakap kat mr.K. Then mr.K ajak bergambar. Dia pun datang la kat tempat duduk kitorang.
pic credit to my mr.K.
Muka aku disaster giler time ni. Dengan tudung tak betul. Tak sempat touch up la. Eksaited bergambar dengan artis. Haha. Time ni aku tengah makan lagi. Sebab tu muka serabai giler.
Dr. Fazley ni serius baik giler wehh. Pas snap gambar ni, dia amik resit harga nasi kitorang, pas tu dia cakap.." Ok tak pe, abang belanja. Ada pape nak tambah lagi tak? ". Kami berdua melopong je. Pas tu baru cakap terima kasih. Haa tu dia. Dr. Fazley ni sangat la mesra rakyat, peramah, baik hati, suka senyum, tak kedekut and banyak lagi la. Haha..mentang-mentang dia belanja makan, terus puji melambung. So, jom ramai-ramai download lagu Asmara Ini and nyanyi kuat-kuat sambil tadah tangan berdoa nak jumpa Dr. Fazley lagi. Nanti boleh dia belanja makan lagi. Hihi..keji sikit!
Dah habis makan, keluar Line Clear dengan muka penuh kegembiraan. Aku hepy sebab dapat tangkap gambar dengan artis. Mr.K hepy sebab dapat save bajet tak payah bayar lunch tadi. Haha!
Pas tu kami pegi Queensbay. Ingat nak pusing-pusing je. Tapi tiba-tiba berubah fikiran. Nak tengok wayang pulak. 3D Justin Bieber - Never Say Never.

pic source : mr.google
Padahal aku bukan layan sangat Bieber ni. Tapi rasa nak tengok jugak. Baru aku perasan comel giler mamat ni. Movie ni macam dokumentari pasal si Bieber ni dari dia baby sampai la umur dia sekarang. Serius, budak JB ni bawak satu fenomena baru untuk semua golongan. Budak kecik sampai orang tua pun boleh jadi hardfan dia kot. Dalam movie ni jugak dia tunjuk peminat yang giler fanatik dengan JB ni. Sampai nangis-nangis bagai tengok JB depan-depan.
Rupa-rupanya, dia ni memang femes dari kecik lagi. And dia punya talent tu memang nampak masa dia kecik lagi. Banyak video time dia kecik and comel. Serius comel giler. Tak sia-sia la usher cari dia sampai ke Kanada. He's sooo amazing.

pic source : mr.google
Part yang paling aku suka time dia invite girl yang memang minat dia giler naik atas stage time dia tengah buat performance. Kat stage tu, dia bagi bunga kat girl tu sambil nyanyi. And that girl, memang nangis terharu giler. Kalau aku dapat chance macam tu pun mesti aku terharu jugak. Haha.
Keluar panggung tu, memang lagu JB je terngiang-ngiang kat telinga ni. Tiba-tiba suka JB. And boleh bayangkan huru-haranya KL time JB datang buat konsert nanti. Balik rumah petang tu, terus marathon lagu JB. FYI, suara mak JB pun sangat la comel macam si JB ni jugak. Nama pun anak-beranak kan.
Tak rugi bayar mahal kalau tengok 3D movie macam ni. Tapi tak tau kalau ada orang tak suka kan. Lain orang lain citarasa. So, tepuk dada, tanya selera.
ok. see u later! bye!

4 comments:
hehe..nampak muka fadzley tu pon dah nmpk iman dia..hehehe
muka suci kan??..hehe
ala..knp fazley pakai rantai...haha
xpasan pulak aku die pakai rantai.haha
Post a Comment