Assalamualaikum.
Result penempatan kolej dah keluar. Terketar-ketar tangan ni nak check tau. Bukan apa, takut tak dapat kolej je. Biasa la dah sem last. Kolej mesti bagi kat budak-budak junior je kann. Tapi sem ni alhamdulillah....tak payah nak merayu-rayu lagi..
Budak-budak rumah aku sem lepas, sorang je tercicir tak dapat kolej. Yang lain semua dapat 1 rumah lagi. Hihi. Walaupun notis yang berbunyi "Sukacitanya dimaklumkan bahawa pelajar yang mendapat penempatan kolej semester depan antaranya : a) Pelajar sem akhir. b)...." dah dikeluarkan hujung sem lepas, tapi ada jugak beberapa orang budak batch aku yang tak dapat kolej. I dont know why but seriously, intake sem depan teramat sangat la ramai. Makin serabut uitm penang yang kecik itu.
Aku memang tak pernah menyewa rumah lagi. Memang selalu dapat kolej. Pernah sekali nama tercicir. Tak dapat kolej. Cepat-cepat merayu and terus dapat kolej. Tapi selalunya dapat Kolej Mutiara but next sem dapat Kristal yang cantik tu. Jeles dengan orang yang dah duk kristal sem lepas. Sangat kondusif bilik dia. Bersyukur sangat! Yay!
Ok bai!
p/s : dah dapat tempat yang best, lengkap and sempurna..kalau result hancur memang tak tau bersyukur kan namanya?? -.-"

4 comments:
wahh best2.. thniah.. hihi
hehe..rasenye kitorg diantara yg terawal mrasmikan kolej kristal dulu..sbb de kursus kt sane sem lpas..mmg cntik n selesa! :)
cik miera : hehe..thnx!
missynursy : ouh yeke? hihi..cantik kan?
Post a Comment