Assalamualaikum w.b.t. saudara saudari muslimin muslimat sekalian. :)
Alhamdulillah selesai sudah ibadah wajib kita bg tahun ini iaitu berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Rasanya ramai lagi yang masih dalam mood raya. Masih kunjung mengunjung sedara-mara, masih dpt jemputan openhouse. Besttt sangat sebab time dapat jumpa sedara yang jarang sgt jumpa pada hari biasa. Time ni jugak br nak kenal " oooo tu sedara kite rupanyaaaa..". Maklumla susah sgt nak jumpa kan.
Teringat pulak beberapa tahun yg dulu. Time tu kat sekolah rendah. Darjah 4 or 5 macam tu kalau tak silap. Time hari raya, ayah bawak g umah makcik dia. Means, atok sedara aku la. Kat umah tu ada la sepupu ayah. So sampai kat umah tu mcm biasa la, duk beraya, makan kuih semua. Tetiba nampak kawan sekelas aku kat umah tu. Fateha nama dia. So kitorang mcm malu2 kucing senyum2 jeee. :D
Pastu gi cakap kat ayah, " Tu kawan sekolah kak long..". Atok sedara aku pun cakap tu cucu dia. So maksudnya, aku ngn Fateha tu dua pupu since ayah aku and mak dia sepupu. Haha dah berapa tahun sekelas, baru tau tu dua pupu aku. Tak sangka betul keciknya dunia. Tu la..tak amik tau sgt pasal salasilah family. Family besar pulak tu.
Ok marilah kita kembali ke pangkal jalan. Nak tayang gambar raya sebenarnyeeeee. :P
Cerita di pagi 1 Syawal.
Haiiii..Selamat Hari Raya dari saya utk semua!!! :D
Siblings. Budak laki 2 orang tu tak nak pakai bj melayu pink,
so mak beli baju melayu purple.
Kegilaan baruuuu. Instax. :D
Beriya beli nak pakai utk raya. HOHO
Ni jihah adik kesayangan guaaaaa.
Time ni tgh tunggu mak ayah aku bersiap. Kitorg adik beradik main snap2 kat luar rumah smpai masing2 berpeluh lencun.
1st rumah yang kitorg terjah.
Ni depan umah kitorg je, umah sepupu ayah aku.
Parents. Korea abis takkk? HAHA
Ni kat umah nenek belah ayah.
Macam biasa. Gambar wajib setiap tahun.
Masih cukup korum.
Belum ada yg beraya di rumah mertua. KAHKAHKAH
Lepas salam dgn mak ayah, kena bergambar dgn mak ayah plak sorang2.
Feeling2 anak tunggal la kununnnn.
Dan boleh tgk muka masing2 mirip siapa. Hihihi
Anak ke-5 : Wan Nur Nazihah Wan Ruslan
10 tahun.
Anak ke-4 : Wan Zul Fakri Wan Ruslan
or panggilan family Abang Cik
13 tahun
Anak ke-3 : Wan Nur Syahirah Wan Ruslan
or Kakak
18 tahun
Anak ke-2 : Wan Zulfadli Wan Ruslan
or Abang Ngah
22 tahun
Anak pertama : Wan Nurnadiyah Wan Ruslan
or Kak long
23 tahun.
eh macam kenal. erk??!
ni sepupu sepapat belah ayah.
ok ni br 1/12 bahagian.
nak cakap ni baru sikit sgt dr jumlah sebenar keluarga kami.
Yang kecik, pakai bj kuning kat tengah tula nenek aku belah ayah.
Ok habis raya pertama.
Ni cerita raya kedua pulak.
Time ni pukul 12 hokayyy
we olls berphotoshoot ni.
sanggup semua merelakan kulit memasing dibakar matahari.
Antara pantai yang agak femes kat sini.
Pantai bukit keluang.
Kat sini la, filem Hikayat Merong Mahawangsa shoot.
Tak la apa motif pose mcm tu. --'
My best best cousin ever, Fatin.
We olls sebaya tauu. Thats why la rapat teramat.
Yang kiri tu plak adik si Fatin, Shazni nama dia.
Dia plak rapat sangat ngn adik aku, kakak tu.
Sebenarnya ni beratur ikut ketinggian.
Woahhh tingginya aku..selang sorg je dgn budak darjah 4. hoho
Walaupun baru raya kedua, and waktu tghari, still ramai org kat sini.
Mmg dorg ni beraya kat pantai kot.
Sebenarnya, raya kedua tu openhouse kat rumah aku.
Saje curi2 kuar kejap gi amik gambar kat pantai.
Sejak duk umah ni dari tahun 2003,
tak pernah miss buat openhouse.
Tiap2 tahun hari yang sama n waktu yg sama iaitu,
raya kedua.
Raya kedua fix setiap tahun. Boleh dtg wpun xdijemput. kihkihkih
Jihah dukung anak sepupu.
Maklumla sepupu sume dah beranak pinak.
Kami je yg masih muda belia.
Kebetulan, raya kedua ari tu birhtday umie fatin.
So celebrate kat umah aku.
Umie tgh potong kek.
Happy birthday umie! Kek dr anak2 dia.
Yang tudung purple tgh gelak kemain tu nenek aku belah mak.
Tak tau la apa yg seronok sgt duk menyembang dgn kakak tu smpai kemain lg gelak.
Tetiba pakcik aku sampai bawak sebijik cheese cake.
Sempat makan sepotong kecik jeeee. :(
Okay, akhir kata,
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
* gambar kat bilik tido pun boleh,. :P
xoxo
# Dalam seronok kita berhari raya, jangan lupa doakan keselamatan saudara seislam kita di Mesir sana. Semoga Allah menurunkan tenteraNya yang agung menumpaskan musuh Islam. Kuatkanlah semangat jihad mereka. Amin. #

No comments:
Post a Comment